Sesungguhnya Islam tidak hanya memotivasikan umatnya agar memiliki akhlak yang mulia tetapi juga menjelaskan bahawa lemahnya akhlak merupakan bukti lemahnya keimanan seseorang kepada Allah Azza wa Jalla.
Dari Abu Syuraih berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Demi Allah, tidak beriman ! Demi Allah tidak beriman !
Para sahabat kemudian bertanya :
Siapakah dia itu , wahai Rasulullah ?
Baginda berkata :
seseorang yang jiran tetangganya tidak aman
kerana gangguannya "
Nabi Muhammad SAW selalu menggabungkan antara peribadi dan keimanan seseorang.
Dari Abu Hurairah r.a brkata , bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka jangan lah ia mengganggu jiran tetangganya.
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah ia memuliakan tetamunya dan
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hndaklah berkata yang baik-baik atau diam. "
Wahai wanita muslimah , tidakkah kalian membayangkan bagaimana akhlak yang dimiliki Rasulullah SAW ?
dan tidakkah kalian merasakan betapa pentingnya akhlak tersebut dalam agama Islam ? Sekarang kalian mengetahui bahawa misi Islam tidak lain adalah menyeru kepada umatnya agar berakhlak mulia dan bahawa kemuliaan dan keagungan itu apabila kita berada di bawah naungan panji-panjinya.