BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 29, 2010

pesanan rasulullah untuk wanita

adakah kau lupa

wanita istimewa

PERUBAHAN INSAN

SUMBER : ILUVISLAM.COM
Perbualan antara annisa dan isteri jiranku yang membawa perubahan kepada dirinya
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

HIASAN WANITA ADALAH AKHLAK MULIA

Bolehkah anda tentukan pilihan bentuk rumah anda kelak di syurga dan marilah kita sama-sama memperbaiki akhlak kita dengan mengikut pembahasan yang sangat indah dan menarik ini.Bacalah kembali firman Allah Azza Wa Jalla berikut :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :
Tuhan kami ialah Allah kemudian
 mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turunkan kepada mereka 
( dengan mengatakan ) : Janganlah kamu mrasa takut dan 
janganlah  kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan 
( memperoleh ) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu "
                                                                                           (  Fushshilat , ayat 30 )     

Persiapkanlah diri anda untuk menjadi jiran tetangga seorang kekasih, Rasulullah SAW di syurga kelak.
Dari Amr bin Syu'ib meriwayatkan dari ayahnya, dari datuknya, bahawa ia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda :

" ingin aku sampaikan kepada kalian orang yang paling 
aku cintai di antara kalian dan paling aku cintai
di antara kalian dan paling dekat tempatnya denganku 
pada hari kiamat kelak ?
Mereka yang mendengar terdiam. Baginda kemudian 
mengulangi ucapannya sehingga dua tiga kali. 
mereka lalu berkata : Benar, Ya Rasulullah.
Baginda berkata : 
seseorang yang paling baik akhlaknya di antara kalian "

AKHLAK ADALAH IMAN

Sesungguhnya Islam tidak hanya memotivasikan umatnya agar memiliki akhlak yang mulia tetapi juga menjelaskan bahawa lemahnya akhlak merupakan bukti lemahnya keimanan seseorang kepada Allah Azza wa Jalla.
Dari Abu Syuraih berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Demi Allah, tidak beriman ! Demi Allah tidak beriman !
Para sahabat kemudian bertanya :
Siapakah dia itu , wahai Rasulullah ?
Baginda berkata : 
seseorang yang jiran tetangganya tidak aman
kerana gangguannya "

Nabi Muhammad SAW selalu menggabungkan antara peribadi dan keimanan seseorang.
Dari Abu Hurairah r.a brkata , bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
 maka jangan lah ia mengganggu jiran tetangganya.
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah ia memuliakan tetamunya dan
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hndaklah berkata yang baik-baik atau diam. "

Wahai wanita muslimah , tidakkah kalian membayangkan bagaimana akhlak yang dimiliki Rasulullah SAW ?
dan tidakkah kalian merasakan betapa pentingnya akhlak tersebut dalam agama Islam ? Sekarang kalian mengetahui bahawa misi Islam tidak lain adalah menyeru kepada umatnya agar berakhlak mulia dan  bahawa kemuliaan dan keagungan itu apabila kita berada di bawah naungan panji-panjinya.

Tuesday, September 28, 2010

PEREMPUAN…..

PEREMPUAN…..
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
1.    01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2.    02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3.    03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4.    04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5.    05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6.    06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7.    07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8.    08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang
boleh menaikkan syahwat lelaki


Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam