BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 2, 2010

ADUHAI WANITA


duhai wanita....
ketahuilah...menutup aurat itu wajib....
jgn lah skdr mnutup shje ttp msti menutup aurat dengan sempurna....
pkai lah tudung y pnjngnye menutup bahagian dada...
pkai lah pakaian y longgar ..
bkn y mengikut bentuk bdn sesungguhnye apabila kamu memakai sedemikian..
kamu di barat kan bertelanjang...
tidak kah kamu malu...
bkn malu kpd manusia ttp kepada Allah....
tidakkah kmu tkut akan hukuman Allah...
x perlulah brbangga akan kecantikan y kamu miliki sesungguhnya itu bkn milik kamu, itu adalah milik Allah...
kamu sering memuji dan merasa riak dan takabur dgn kecantikkan y kamu miliki,
adakah kamu bersyukur kepada Allah...
adakah kamu menjaganya dgn baik dan sempurna....
sedarlah....
kita ini hnya mnusia biasa ..
kecantikkan y dimiliki hanya sementara sahaja...
y kekal itu hnyalah milik Allah... 
Duhai wanita.....
mngapa kamu sering ingkar...
mengapa kamu sanggup merendahkan martabat wanita...
tidakkah kamu sedar bahawa seindah hiasan di dunia adalah wanita solehah...
tidakkah kamu tahu y tubuh badanmu itu haram kepada mreka y bukan mahrammu...
mengapa begitu mudah kamu membenar kan kaum lelaki y bukan mahrammu memegangmu...
bgtu murahkah diri kamu....
haramkan lah tangan2 ajnabi itu daripada menyentuh kamu sebelum kamu mempunyai ikatan y sah....
hramkan lah tgn kamu dari menyentuh mereka....
walaupun dy adalah kawan baikmu....
y haram... tetap haram....
jgn lah kmu menidakkan dengan hukum Allah...
tidak perlulah kamu memarahi mereka y menegurmu...
ssngguhnye ape di katakn itu adlh benar....
kamu juga beragama Islam ....
mengapa kamu tidak mengkui kesalah y kamu lakukan....
jika ade y menegur atau menasihati kamu....
psti kmu akan mengatakan.....
x perlulah nak berlagak baik...
mcm lah kamu tu baik sgt..
kamu spe nak tgur aq...
mak bapak aq pun x de sbuk2 nak tgur aq...
hdup ni x pyh lah nk hipokrit...
klau mati pun kubur lain2...
aq x de mnyusahkan ko pun..
x perlulah nak menyibuk dlm hidup aq....
adakah ini kte2 yang spatutnya kluar dari mereka y ditegur dan mereka y beragama ISLAM..
adakah kamu pernah berterima kasih kepada mereka y menegurmu...
adakah kamu mengambil perhatian dengan ape y dikatakan mereka....
adakah kamu tahu bahawa mereka y menegurmu itu adalah mereka y sentiasa bimbang akan dirimu..
adakah pernah kamu terfikir itu semua....
ada kamu terfikir bila nyawamu akan bercerai dari badan....
kamu hanye memikirkan keseronkkan didunia......
kamu bilang hidup ini hnya sekali...
oleh itu kamu nak enjoy....
sampai bila kamu mhu begini....
sepatutnye kamu menggunakan peluang ini untk mengejar suatu kebaikkan ....
untuk dimanfaatkan didunia dan akhirat......
kamu sbnarnye sudah menagetahui hukum2...
tetapi mengapa tdak kamu melaksanakan nya...
adakah Islam itu menyusahkan......
Islam itu sebenarnya memudahkan....
membawa kesejahteraan....
adkah kamu tahu itu semua.....
atau kamu buat2 lpe....
duhai kaum wanita....
sedar lah sebelum terlambat......
bangkit lah dari kelekaan dan kelalaian....
tegakkan lah kebenaran.....
jgn lpe untuk memelihara tingkah lakumu....
duhai wanita...
jadilah wanita yang solehah...
dan mampu untuk membimbing mereka y memerlukanmu....

Friday, October 1, 2010

edcoustic-muhasabah cinta+lyrics

Wednesday, September 29, 2010

pesanan rasulullah untuk wanita

adakah kau lupa

wanita istimewa

PERUBAHAN INSAN

SUMBER : ILUVISLAM.COM
Perbualan antara annisa dan isteri jiranku yang membawa perubahan kepada dirinya
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

HIASAN WANITA ADALAH AKHLAK MULIA

Bolehkah anda tentukan pilihan bentuk rumah anda kelak di syurga dan marilah kita sama-sama memperbaiki akhlak kita dengan mengikut pembahasan yang sangat indah dan menarik ini.Bacalah kembali firman Allah Azza Wa Jalla berikut :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :
Tuhan kami ialah Allah kemudian
 mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turunkan kepada mereka 
( dengan mengatakan ) : Janganlah kamu mrasa takut dan 
janganlah  kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan 
( memperoleh ) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu "
                                                                                           (  Fushshilat , ayat 30 )     

Persiapkanlah diri anda untuk menjadi jiran tetangga seorang kekasih, Rasulullah SAW di syurga kelak.
Dari Amr bin Syu'ib meriwayatkan dari ayahnya, dari datuknya, bahawa ia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda :

" ingin aku sampaikan kepada kalian orang yang paling 
aku cintai di antara kalian dan paling aku cintai
di antara kalian dan paling dekat tempatnya denganku 
pada hari kiamat kelak ?
Mereka yang mendengar terdiam. Baginda kemudian 
mengulangi ucapannya sehingga dua tiga kali. 
mereka lalu berkata : Benar, Ya Rasulullah.
Baginda berkata : 
seseorang yang paling baik akhlaknya di antara kalian "